Solat
Jenazah
Solat
yang dilakuakn oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar
diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt.
Solat
jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid.
Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah.
Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan
seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa
jenazah serentak tetapi afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia
didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan
jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun
beberapa baris.
Persediaan
Solat Jenazah
- Mayat
diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
- Mayat
lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau
dada mayat.
- Mayat
perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
- Bagi
solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Sebelum
solat, sunat Bilal melafazkan :
الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ
رَحِمَكُمُ الله
Jawab
Makmum :
الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله
Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi
40 orang.
Rukun Solat Jenazah
- Niat
pada takbiratul ihram.
- Berdiri
bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
- Takbir
4 kali termasuk takbiratul ihram.
- Membaca
surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
- Selawat
atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
- Doa
khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
- Memberi
salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah
Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah
Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ
فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah
kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.
أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ
فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah
kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.
أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ
تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu
kifayah kerana Allah Taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.
أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ
تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir
fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan إِمَامًا .
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ
فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah
menjadi imam kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan مَاْمُوْماً
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ
فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah
mengikut imam kerana Allah taala”.
Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram)
disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.
Takbiratul ihram
اَ للهُ اَكْبَرُ
“Allah Maha Besar”.
Beserta dengan niat
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak
perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah
taala”.
Membaca Surah Al-Fatihah
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam,
yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari
Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan
kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang
lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula
(jalan) orang-orang Yang sesat.” (Al-Fatihah : 1-7)
Takbir kedua baca selawat.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى
مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى
اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
“Ya
Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah
kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau
memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw
dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi
Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang
terpuji dan Maha mulia.”
Takbir
ketiga berdoa untuk si mati.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ
وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ
مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ
أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ
مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah
dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan
lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin.
Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari
kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli
keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam
syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa
neraka.”
Takbir
keempat berdoa untuk si mati lagi.
أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا
بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا
بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا
رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ
“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan
permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di
timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami
yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki
kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya
Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”
Memberi
salam ke kanan dan ke kiri.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
Bacaan
sesudah salam
- Surah
Al-Ikhlas 3 kali.
- Surah
Al-Falaq 1 kali.
- Surah
An-Nas 1 kali.
- Surah
Al-Fatihah 1 kali.
- Surah
Al-Baqarah ayat 1-5.
- Ayat
Kursi 1 kali.
- Doa
yang sesuai.