PENGENALAN
Ajaran
Islam menuntut umatnya supaya memenuhi tuntutan persaudaraan Islam dengan
mensyariatkan berbagai-bagai amalan termasuk amalan menziarahi orang sakit.
Tuntutan ini sebagaimana pesanan Rasulullah kepada umatnya yang berbunyi
Maksud:
“Al-Bara` bin Azib r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w. telah memerintahkan kami
tujuh perkara dan juga melarang kami dari tujuh perkara. Beliau memerintahkan
kami untuk menjenguk orang sakit, mengantar jenazah, menjawab orang yang
bersin, menunaikan sumpah, menolong orang yang terzalim, menyebarkan salam dan
memenuhi undangan.”
KEISTIMEWAAN MENZIARAHI ORANG SAKIT
- Dekat dengan Rahmat Allah S.W.T.
Maksud: “Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Sesungguhnya Allah S. W. T. berfirman pada hari kiamat, “Wahai anak
Adam! Aku sakit mengapa engkau tidak menziarahiku.” berkata seorang hamba,
“Wahai Tuhan bagaimana aku boleh menziarahimu sedangkan Engkau merupakan Tuhan
Pentadbir seluruh alam. Lalu Allah S.W.T. berfirman, “Sesungguhnya hambaku yang
bernama pulan sakit dan engkau tidak menziarahinya, ketahuilah sekiranya engkau
menziarahinya nescaya engkau akan mendapati-Ku di sisinya.”
- Pahala Syurga dan Kebun-Kebunya yang Subur
Rasulullah s.a.w.
bersabda
Maksud: Thauban, iaitu khadam Rasulullah s.a.w. berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menziarahi orang yang sakit, dia
dalam keadaan sentiasa menuai hasil kebun sehingga dia balik.”
- Doa Para Malaikat
Maksud: Ali
berkata; tidaklah seorang laki-laki menjenguk orang yang saki pada sore hari
melainkan akan keluar tujuh puluh ribu malaikat yang memintakan ampunan
untuknya hingga pagi hari, dan baginya kebun di Syurga. Dan barang siapa yang
mendatanginya pada pagi hari, maka keluarg bersamanya tujuh puluh ribu malaikat
yang memohonkan ampunan baginya hingga sore hari, dan baginya kebun di Syurga.
No comments:
Post a Comment