Kalam2 muqaddimah

Wednesday, 12 December 2012

Doa-doa Rasulullah SAW ketika menziarahi orang sakit


Mendidik Diri Menggunakan Doa Rasulullah s.a.w. Ketika Sakit
Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabatnya dengan amalan-amalan doa bagi mendoakan orang yang sakit ketika berziarah. Antara doa-doa baginda ialah,

Doa 1: Doa Sakit yang Umum
Doa yang digunakan untuk menyembuhkan sakit yang pelbagai sakit seperti luka dan sebagainya

Sabda Rasulullah SAW:
Maksud: ‘A’ishah r.a. (berkata) bahawa Nabi s.a.w. tatkala berdoa untuk orang sakit (membaca doa ini):

بِسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا


(Doa ini membawa maksud): “Dengan nama Allah ini adalah tanah buml kami dengan campuran ludah sebahagian daripada kami supaya dibaikkan kesakitan di kalangan kami dengan keizinan Tuhan kami.”
(Al-Bukhari dan Muslim)

Doa 2: Doa Sakit yang Umum
Terdapat juga doa untuk kesembuhan bagi orang yang sakit yang tidak dikhususkan kepada sesuatu sakit
Sabda Rasulullah SAW:

Maksud: Daripada ‘Aisyah r.ha bahawa Rasulullah s.a.w. ketika menziarahi sesetengah ahli keluarganya (yang sakit) Baginda mengusap menggunakan tangannya yang kanan dan berdoa:
(Ya Allah! Tuhan pentadbir manusia, hilangkan kesukaran, sembuhkanlahnya kerana Engkau sahaja yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang akan meninggalkan kesakitan)”.

Doa 3: Doa Sakit di Tempat-Tempat Khusus di Badan
Orang yang menziarahi orang yang sakit yang mana sakitnya adalah sakit di tempat-tempat khusus dibadannya. Eloklah diajarkan kepada si pesakit dengan doa ini. Doa ini dibacakan ditempat-tempat sakit yang tertentu seperti di sendi-sendi, kaki, belakang, betis atau di mana tempat yang sakit ini.
 Sabda Rasulullah SAW:
Maksud: “Daripada Uthman b. Abu al-As al-Thaqafi, bahawa sekali dia pernah
mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesakitan yang dihadapipada tubuh
badannya sejak dia memeluk Islam. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, “Letakkan
tanganmu ditempat yang kamu sakit pada tubuhmu dan bacalah bismillah tiga
kali. Kemudian bacalah tujuh kali doa,
أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
"aku berlindung kepada Allah S.W.T. dan kudrat-Nya daripada apa-apa keburukan yang aku perolehi dan aku takuti.”.



Menziarahi orang sakit merupakan satu amalan yang mulia di sisi Allah dan Rasul-Nya. Diikan din dengan amalan tersebut menyebabkan seseorang itu disukai Allah S.W.T. dan mendapat pahala yang banyak.
Rasulullah juga telah menunjukkan satu sikap yang sepatutnya ada bagi diri umatnya dalam menggalakkan silaturrahim melalui amalam ziarah menziarahi orang sakit ini dengan tuntutan adab dan doa. Dengan amalan-amalan ini, umat akan lebih terdidik dengan keyaqinan yang bulat tentang kekuasaan Allah yang memberi sakit dan menyembuhkan penyakit. Sedangkan hambanya pula perlu berusaha untuk menyembuhkan diri mereka dengan apa sahaja usaha tanpa melupakan Allah S.W.T. Sebagai Penyembuh bagi segala penyakit.



No comments:

Post a Comment