Cara memandikan Jenazah
- Letakkan mayat
di tempat mandi yang disediakan.
- Tutup seluruh
anggota mayat kecuali muka.
- Semua Bilal
hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.
- Sediakan air
sabun.
- Sediakan air
kapur barus.
- Istinjakkan
mayat terlebih dahulu.
- Angkat sedikit
bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
- Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.
- Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
- Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
- Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
- Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :
Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :
"Sahaja aku
memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"
Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :
"Sahaja aku
memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"
- Telentangkan
mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air
bersih.
- Siram sebelah
kanan 3 kali.
- Siram sebelah
kiri 3 kali.
- Kemudian
mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
- Mengiringkan mayat
ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
- Telentangkan
semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
- Lepas itu siram
dengan air kapur barus.
- Lepas itu
wudukkan mayat.
Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :
"Sahaja
aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"
Lafaz niat mewudukkan jenazah perempuan :
"Sahaja
aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"
Cara
mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula
dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk
biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita
hendaklah dimandikan oleh perempuan.
- Siram dengan air
sembilan.
- Setelah selesai
dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan
menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
- Cawatkan
bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.
- Lepas itu usung
dengan menutup seluruh anggotanya.
- Segala apa-apa
yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan
berama (Contoh : rambut, kuku dll).
- Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.
lagu selimut putih.." setiap manusia akan menghadapi kematian " Ya allah ampunkan dosa2ku...tempatkanlh ku bersama-sama dengan KEKASIHMU...Amin...
No comments:
Post a Comment