Kalam2 muqaddimah

Friday 14 December 2012



Majlis Mahabbah Ya Rasulullah..Ya Allah, temukanlah kami dengan KEKASIHMU..Kami sgt merindui dirinya..Tanamkanlh dalam hati2 kami cinta, syg dan cintakan kepada Rasulullah dan Kaum kerabatnya...Jadilkanlh Kami ini pengamal sunnah2nya Ya Allah..Amin

Cerita 1

Rasulullah itu adalah orang yang sangat dicintai oleh para sahabatnya, umumnya para sahabat mencintai Rasulullah Saw, walau ada sebagian sahabat yang diam-diam membenci Rasulullah. Tetapi mayoritas sahabat itu sangat mencintai Rasulullah Saw.Pernah suatu malam Rasulullah mendengar suara beberapa orang di luar kamarnya, Rasulullah menegur: “Kenapa kalian berkumpul di sini?” lalu mereka menjawab: “Ya Rasulullah, kami tidak sanggup tidur khawatir ketika kami tidur nanti, orang-orang kafir datang dan membunuhmu.” Mereka sukarela menjadi satpam Rasulullah Saw, datang sendiri, tidak dibayar. Tetapi Rasulullah Saw mengatakan, “Tidak, Allah melindungi aku,     pulanglah kamu ke tempat kamu masing-masing.”
Cerita 2
Ada seorang pedagang minyak wangi, di Madinah. Setiap kali pergi ke pasar, dia singgah dulu ke rumah Rasulullah Saw, dia tunggu sampai Rasulullah keluar. Setelah Rasulullah keluar, dia hanya mengucapkan salam lalu memandang Rasulullah saja, setelah puas dia pergi. Suatu saat setelah dia ketemu Rasululllah dia pergi, lalu tak lama kemudian balik lagi dari pasar dan dia datang kepada Rasulullah Saw dan meminta izin, “Saya ingin melihat engkau ya Rasulullah, karena saya takut tidak sanggup melihat engkau setelah ini.” Dan Rasulullah mengizinkannya. Kemudian, setelah kejadian itu Rasulullah tidak pernah melihat lagi tukang minyak wangi itu. Disuruhnya sahabatnya pergi melihat, ternyata ia sudah meninggal dunia tidak lama setelah dia pergi dari pasan dan memandang wajah Rasulullah Saw itu. Lalu kata Rasulullah Saw: “Kecintaannya kepadaku akan menyelamatkan dia di hari akhirat.”

Mengapa Rasulullah dirindukan atau dicintai? Itu bukan hanya karena Allah SWT membuka hati mereka untuk rindu, tetapi karena akhlak Rasulullah yang menarik kecintaan mereka. Dan akhlak itu adalah Sunnah. Sekiranya kita mencontoh akhlak beliau ini, pasti kitapun akan dicintai oleh banyak manusia. Tentu tidak oleh semua manusia, karena Rasulullah juga tidak dicintai oleh sem ua manusia, tidak dicintai oleh semua sahabat dan tidak dicintai oleh semua makhluk. Tapi sekiranya kita mempraktekkan akhlak Rasulullah itu dalam pergaulannya dengan orang banyak, pasti kitapun akan menjadi manusia, yang dicintai oleh kebanyakan umat manusia.







Solat Jenazah

Solat yang dilakuakn oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt.

Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid. Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah serentak tetapi afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.

Persediaan Solat Jenazah
  1. Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
  2. Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  3. Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  4. Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :
الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله

Jawab Makmum :
الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله

Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.

Rukun Solat Jenazah
  1. Niat pada takbiratul ihram.
  2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
  3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
  4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
  5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
  6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
  7. Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah

Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah

Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.
أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.
أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan
 إِمَامًا  .

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan
 مَاْمُوْماً
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.

Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.

Takbiratul ihram
اَ للهُ اَكْبَرُ

“Allah Maha Besar”.

Beserta dengan niat

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.

Membaca Surah Al-Fatihah


“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.” (Al-Fatihah : 1-7)

Takbir kedua baca selawat.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.


“Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”

Takbir ketiga berdoa untuk si mati
.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ


“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”

Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.
أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Bacaan sesudah salam
  1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
  2. Surah Al-Falaq 1 kali.
  3. Surah An-Nas 1 kali.
  4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
  5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
  6. Ayat Kursi 1 kali.
  7. Doa yang sesuai.





Cara-cara mengkafankan jenazah 

 lihatlah video teknik2 mengkapankan jenazah..semoga dapat dipraktikkan...

Thursday 13 December 2012



Cara memandikan Jenazah  

  1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
  2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
  3. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.
  4. Sediakan air sabun.
  5. Sediakan air kapur barus.
  6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
  7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
  8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.
  9. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
  10. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
  11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
  12. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :

Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :

"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"

Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :
"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"
  1. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
  2. Siram sebelah kanan 3 kali.
  3. Siram sebelah kiri 3 kali.
  4. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
  5. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
  6. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
  7. Lepas itu siram dengan air kapur barus.
  8. Lepas itu wudukkan mayat.

Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"
 
Lafaz niat mewudukkan jenazah perempuan :

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"
Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.
  1. Siram dengan air sembilan.
  2. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
  3. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.
  4. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
  5. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).
  6. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.

lagu selimut putih.." setiap manusia akan menghadapi kematian " Ya allah ampunkan dosa2ku...tempatkanlh ku bersama-sama dengan KEKASIHMU...Amin...











Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
  1. Memandikannya.
  2. Mengkafankan jenazah.
  3. Solat ke atas jenazah.
  4. Mengebumikannya.
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

  1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
  2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.
    Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.
  3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
  4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
  5. Urusan menggali kubur.
  6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
  7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
  8. Ucapan takziah.
  1. Sifat berani.
  2. Sabar.
  3. Amanah.
  4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup. 
  1. Sediakan tempat mandi.
  2. Sabun mandi.
  3. Air daun bidara.
  4. Air bersih.
  5. Sugi - 7 batang.
  6. Sarung tangan - 3 atau 5.
  7. Sedikit kapas.
  8. Air kapur barus.
  9. Baldi serta gayong.
Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :
  1. Kain putih (bidang 45")  - 20 meter bagi dewasa
  2. Gunting
  3. Kapas
  4. Cendana
  5. Kapur barus
  6. Air mawar
  7. Minyak wangi (Minyak Attar)
  8. Tikar jerami
  9. Bantal (dari daun pandan)
  10. Tempat mandi yang khas.
Sama-samalah kita hayati..

Tuntutan Ziarah Orang Sakit

https://docs.google.com/open?id=0Bzbumy5ByHaxMVZiVkR1am05LTg

Wednesday 12 December 2012

Doa-doa Rasulullah SAW ketika menziarahi orang sakit


Mendidik Diri Menggunakan Doa Rasulullah s.a.w. Ketika Sakit
Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabatnya dengan amalan-amalan doa bagi mendoakan orang yang sakit ketika berziarah. Antara doa-doa baginda ialah,

Doa 1: Doa Sakit yang Umum
Doa yang digunakan untuk menyembuhkan sakit yang pelbagai sakit seperti luka dan sebagainya

Sabda Rasulullah SAW:
Maksud: ‘A’ishah r.a. (berkata) bahawa Nabi s.a.w. tatkala berdoa untuk orang sakit (membaca doa ini):

بِسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا


(Doa ini membawa maksud): “Dengan nama Allah ini adalah tanah buml kami dengan campuran ludah sebahagian daripada kami supaya dibaikkan kesakitan di kalangan kami dengan keizinan Tuhan kami.”
(Al-Bukhari dan Muslim)

Doa 2: Doa Sakit yang Umum
Terdapat juga doa untuk kesembuhan bagi orang yang sakit yang tidak dikhususkan kepada sesuatu sakit
Sabda Rasulullah SAW:

Maksud: Daripada ‘Aisyah r.ha bahawa Rasulullah s.a.w. ketika menziarahi sesetengah ahli keluarganya (yang sakit) Baginda mengusap menggunakan tangannya yang kanan dan berdoa:
(Ya Allah! Tuhan pentadbir manusia, hilangkan kesukaran, sembuhkanlahnya kerana Engkau sahaja yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang akan meninggalkan kesakitan)”.

Doa 3: Doa Sakit di Tempat-Tempat Khusus di Badan
Orang yang menziarahi orang yang sakit yang mana sakitnya adalah sakit di tempat-tempat khusus dibadannya. Eloklah diajarkan kepada si pesakit dengan doa ini. Doa ini dibacakan ditempat-tempat sakit yang tertentu seperti di sendi-sendi, kaki, belakang, betis atau di mana tempat yang sakit ini.
 Sabda Rasulullah SAW:
Maksud: “Daripada Uthman b. Abu al-As al-Thaqafi, bahawa sekali dia pernah
mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesakitan yang dihadapipada tubuh
badannya sejak dia memeluk Islam. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, “Letakkan
tanganmu ditempat yang kamu sakit pada tubuhmu dan bacalah bismillah tiga
kali. Kemudian bacalah tujuh kali doa,
أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
"aku berlindung kepada Allah S.W.T. dan kudrat-Nya daripada apa-apa keburukan yang aku perolehi dan aku takuti.”.



Menziarahi orang sakit merupakan satu amalan yang mulia di sisi Allah dan Rasul-Nya. Diikan din dengan amalan tersebut menyebabkan seseorang itu disukai Allah S.W.T. dan mendapat pahala yang banyak.
Rasulullah juga telah menunjukkan satu sikap yang sepatutnya ada bagi diri umatnya dalam menggalakkan silaturrahim melalui amalam ziarah menziarahi orang sakit ini dengan tuntutan adab dan doa. Dengan amalan-amalan ini, umat akan lebih terdidik dengan keyaqinan yang bulat tentang kekuasaan Allah yang memberi sakit dan menyembuhkan penyakit. Sedangkan hambanya pula perlu berusaha untuk menyembuhkan diri mereka dengan apa sahaja usaha tanpa melupakan Allah S.W.T. Sebagai Penyembuh bagi segala penyakit.




Kalam-kalam nasihat kepada kita semua agar menjaga adab2 ketika ziarah orang sakit..sama2lah kita amal2kan agar kita sume tergolong bersama2 org2 yg bertakwa..
sabda Rasulullah saw berkaitan dgn amalan baik:

Daripada Abu Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya."
( Riwayat Muslim )


ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT

Doa menziarahi orang sakit

  • Jangan duduk terlalu lama disisinya krn duduk terlalu lama boleh membawa jemu kpd si pesakit itu.
  • Zahirkan simpati kepadanya seolah-olah kita juga berasa sebagaimana ia merasakannya.
  • Doakan utknya supaya si pesakit itu cepat sembuh.
  • Nasihatkan spy ia bersabar krn dgn sakit itu mendapat pahala yang byk dan ini hanya dugaan dr Allah.
  • Jgn makan makanan yg dihadiahkn org lain kpdnya atau makanan yang disediakn utknya krn apabila dimakan, hilanglh pahala ziarah itu.


Dapat pahala apabila menolong orang sakit


TUJUAN ZIARAH ORANG SAKIT

  • Dapat menghiburkan hati orang yg sakit itu.
  • Mengurangkan bebanan sakitnya dan memberikan harapan kpdnya.
  • Mendoakan supaya ia segera sembuh.
  • Membawa makanan atau minuman yg sesuai.
  • Membantu meringankan penderitaan dan kalau boleh, bantu menanggung perbelanjaan keluarganya.

sabar....krn sabar itu sebahagian drpd iman.


PENGENALAN


Umat Islam merupakan satu umat yang sangat mementingkan persaudaraan di kalangan ahlinya. Banyak amalan-amalan yang disyariatkan dalam ajaran Islam menjurus kepada syiar Islam yang melambangkan persuadaraan Islam.

Ajaran Islam menuntut umatnya supaya memenuhi tuntutan persaudaraan Islam dengan mensyariatkan berbagai-bagai amalan termasuk amalan menziarahi orang sakit. Tuntutan ini sebagaimana pesanan Rasulullah kepada umatnya yang berbunyi
  
Maksud: “Al-Bara` bin Azib r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w. telah memerintahkan kami tujuh perkara dan juga melarang kami dari tujuh perkara. Beliau memerintahkan kami untuk menjenguk orang sakit, mengantar jenazah, menjawab orang yang bersin, menunaikan sumpah, menolong orang yang terzalim, menyebarkan salam dan memenuhi undangan.”

KEISTIMEWAAN MENZIARAHI ORANG SAKIT

  • Dekat dengan Rahmat Allah S.W.T.
Maksud: “Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah S. W. T. berfirman pada hari kiamat, “Wahai anak Adam! Aku sakit mengapa engkau tidak menziarahiku.” berkata seorang hamba, “Wahai Tuhan bagaimana aku boleh menziarahimu sedangkan Engkau merupakan Tuhan Pentadbir seluruh alam. Lalu Allah S.W.T. berfirman, “Sesungguhnya hambaku yang bernama pulan sakit dan engkau tidak menziarahinya, ketahuilah sekiranya engkau menziarahinya nescaya engkau akan mendapati-Ku di sisinya.”

  • Pahala Syurga dan Kebun-Kebunya yang Subur
 Rasulullah s.a.w. bersabda
Maksud: Thauban, iaitu khadam Rasulullah s.a.w. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menziarahi orang yang sakit, dia dalam keadaan sentiasa menuai hasil kebun sehingga dia balik.”

  • Doa Para Malaikat
Penziarah orang sakit juga boleh mendapat doa dan selawat daripada para malaikat mengikut waktu mereka datang.Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya:
Maksud: Ali berkata; tidaklah seorang laki-laki menjenguk orang yang saki pada sore hari melainkan akan keluar tujuh puluh ribu malaikat yang memintakan ampunan untuknya hingga pagi hari, dan baginya kebun di Syurga. Dan barang siapa yang mendatanginya pada pagi hari, maka keluarg bersamanya tujuh puluh ribu malaikat yang memohonkan ampunan baginya hingga sore hari, dan baginya kebun di Syurga.






Pengertian Adab


  • Pengertian Adab menurut bahasa ialah kesopanan, kehalusan dan kebaikan budi pekerti, akhlak. 
  •  Menurut istilah, adab ialah:  “Adab ialah suatu ibarat tentang pengetahuan yang dapat menjaga diri dari segala sifat yang salah”. 

  • Seseorang akan menjadi orang yang beradab dengan baik apabila ia mampu menempatkan dirinya pada sifat kehambaan yang hakiki seperti yang dimilik Rasulullah saw. Secara utuh dan sempurna. Oleh sebab itu Allah swt. memuji beliau dengan firmannya yang artinya:
          “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”.
  • Menurut al-Ghazali akhlak mulia adalah sifat-sifat yang dimiliki oleh para utusan Allah swt. yaitu para Nabi dan Rasul dan merupakan amal para shadiqin.
  • Al-Ghazali sangat menaruh perhatian kepada pendidikan akhlak. Hal ini dapat dilihat dari perkataan beliau: “ Ketahuilah, bahwa tasawuf itu adalah dua hal, yaitu ketulusan kepada Allah swt. dan pergaulan yang baik dengan sesama manusia”.
  • Al-Ghazali berpendapat bahwa pendidikan akhlak hendaknya didasarkan atas mujahadah (ketekunan) dan latihan jiwa. Mujahadah dan riyadhah-nafsiyah (ketekunan dan latihan kejiwaan) menurut al-Ghazali ialah membebani jiwa dengan amal-amal perbuatan yang ditujukan kepada khuluk yang baik, sebagaimana kata beliau: “Barangsiapa yang ingin dirinya mempunyai akhlak pemurah, maka ia harus melatih diri untuk melakukan perbuatan-perbuatan pemurah, yakni dermawan, dan gemar bersedekah. Jika beramal bersedekah dilakukan secara istiqamah, maka akan jadi kebiasaan”. Hal ini sejalan dengan firman Allah swt.:
    “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami,
benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik"